Harley Davidson milik Sultan Johor dilelong.

KOTA TINGGI: Motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang disumbangkan bagi tujuan lelongan, mendapat bidaan RM2.1 juta. 

Harley Davidson model Roadking itu dimiliki Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim selepas membida harga tertinggi berbanding harga permulaan RM150,000. 

Motosikal dengan nombor pendaftaran JSA1 itu adalah sumbangan Sultan Ibrahim bagi dilelong untuk tujuan menjana dana tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor sempena Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana di sini, hari ini. 

Sesi lelongan dikendalikan pelawak dan selebriti terkenal tanah air, Harith Iskandar. Bidaan tertinggi itu juga menjadikan jumlah terkumpul untuk tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) ketika ini RM3.8 juta.

Artikel dari bharian.

Popular post

Israel Dimalukan Pasukan Bomba Palestin Membantu Memadamkan Kebakaran.

RAMALLAH: Israel terus dimalukan apabila pasukan bomba Palestin menghantar bantuan untuk memadamkan kebakaran yang semakin tidak terkawal di wilayah jajahan rejim Zionis itu.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.
Jelas beliau seperti dilaporkan agensi berita Wafa, sejumlah krew bomba membuat persediaan sebelum menyertai Israel dan pasukan bomba dari beberapa negara lain untuk memadamkan kebakaran.
Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara menghantar pesawat, sebuah helikopter untuk memadamkan api yang mula merebak sejak Selasa.
Seramai 350 anggota bomba menggunakan jentera pemadam dikerah untuk mengawal kebakaran di kawasan Haifa pada Khamis.
“Kami masih memerlukan bantuan antarabangsa,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada pemberita.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Rusia, Itali, Greece, Croatia, Cyprus dan Turki kerana menghulurkan bantuan.
“Sebanyak 10 lagi pesawat akan tiba sebelum tengah malam untuk memadamkan kebakaran termasuk dua pesawat besar yang dihantar oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin,” katanya.
Meskipun Israel sentiasa menindas penduduk dan menceroboh wilayah Palestin, tetapi PA mengenepikan soal dendam untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan.
Pada 2010, seramai 19 anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di hutan Carmel walaupun pada mulanya Israel dengan angkuh menolak tawaran bantuan itu.
Rejim Zionis memberi alasan mereka tidak mempunyai askar untuk memantau pergerakan ahli bomba terbabit.
Bagaimanapun Israel menukar fikiran pada hari ketiga kebakaran dan menerima bantuan Palestin.

Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/berita-semasa/kebakaran-di-israel/#ixzz4R20w9RHM


ARTIKEL LAIN YANG POPULAR


Zizan Razak Terlantar Di Hospital.


Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik foto dirinya  kini terlantar sakit di hospital.

Menerusi foto itu juga dilihat Zizan telah diusung di atas katil oleh beberapa jururawat di sebuah hospital.

Entri berkenaan dimuat naik dengan kapsyen:

"Thanks to @ashraf_rahman9 @hafizarazak #demam #gws #zizanrazak"

Merujuk daripada hashtag yang ditulis Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.

Terdahulu Zizan telah memuat naik sekeping gambar menunjukan tangannya yang berbalut dengan kapas seperti baru lepas dicucuk.

Zizan menerusi entri berkenaan memberitahu dirianya sakit dengan menulis kapsyen:

"Akitttt  #zizanrazak"

Kami dari pihak Astro Gempak telah menghubungi pihak Zizan, namun gagal. Bagaimanapun kami mendoakan agar dia cepat sembuh.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber : http://ohdunia2016.blogspot.my/

Menarik Di Dalam :